Tuesday, April 20, 2010

Istilah-istilah asas pangkalan data

1. data
- fakta asas, data mentah, tidak membawa maksud apa-apa
- contoh: proton wira, merah, cantik

2. maklumat
- koleksi atau gabungan antara data-data
- contoh: Jenis kereta buatan Malaysia

3. persekitaran
- domain sesuatu permasalahan
- organisasi di mana tempat pangkalan data dibangunkan
- contoh: kilang kereta

4. entiti
- objek unik dalam sesuatu persekitaran
- contoh:
Persekitaran: Universiti
Entiti: Pelajar, Pensyarah,

5. atribut
- ciri-ciri yang menghuraikan tentang entiti
- contoh:
Entiti: Pelajar
Atribut Nama: NoMatrik, Nama, NoIC,
Atribut Nilai: AC970708, Munirah, A800713,

6. rekod
- sekumpulan atribut
- contoh:
AC971234, Ali, A879876, Petaling Jaya
AC970708, Ahmad, A800713, Tmn Desa

7. fail
- kumpulan rekod yang diperlukan oleh entiti
- contoh: fail pelajar

8. pangkalan data
- sekumpulan fail yang diperlukan oleh organisasi
- contoh:
Pangkalan Data: Rekod Pelajar.
Persekitaran: Universiti.
Fail: Pelajar, Subjek, Pensyarah, Yuran

No comments:

Post a Comment